hari ni mea-mea rasa penat teramat sangat sebab awal-awal pagi ke bergegas ke sekolah melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah.....hari ni unit UBK menganjurkan "Education Fair".....ramai juga kolej-kolej yang hadir kolej yang berdaftar dan sudah membuat bayar adalah 40 kolej......tapi yang datang hanya 34 kolej jer....tak datang tak apa janji dah bayar....hari mea-mea boleh balik awal sikit pukul 4.30 p.m mea-mea dan guru kaun seling sesi petang yang lain dah boleh balik......sebab kami bertugas dari pagi....mula-mula masa balik sekolah rasa penat sangat ...tapi masih boleh pergi shopping kat tesco dulu sebelum balik ke umah.....bila sampai umah mea-mea terus menuju ke dapur fikir nak masak apa untuk menu dinner malam ni.....bila buka peti sejuk nampak petai ada banyak papan lagi.....tapi petai rupanya dah seperti gambar di atas.....bahagian dalam masih lagi elok sebab dah 2 minggu petai ni di bawa balik dari kg semasa balik lawat luk bao kat kg.....so mea-mea keputusan untuk masak sambal petai.......
selepas mea-mea kopek petai yang ada ....ini lah hasil yang diperolehi....cukup la untuk 2 orang makan jer...
lepas tu mea-mea sediakan bahan-bahan untuk buat sambal.....cili kering mea-mea guna 3 biji jer sebab mea-mea tak suka makan pedas sangat.....serai 2 batang dah hiris halus-halus supaya senang untuk di blender nanti......2 ulas bawang merah dan sedikit belacan....bahan-bahan ini mea-mea blender sekali......
nampak tak ada petai, ada udang dan ada rebung........so mea-mea akan masak sambal petai udang rebung.....
mula-mula mea-mea tumis sambal tu dulu....bila dah pecah minyak sikit mea-mea masukkan udang diikuti dengan rebung selepas udang masak mea-mea terus masukkan petai....sebelum mea-mea letak garam secukup rasa, sedikit gula dan knorr.....mea-mea juga ada letak sekeping asam keping....supaya ada rasa masam-masam sikit...mea-mea selepas masuk kan petai mea-mea akan biarkan petai tu sekejap jer lepas tu terus angkat .......
menu mea-mea untuk dinner malam dah siap dan sedia untuk di hidang.......ini lah sambal petai uadang rebung...
satu lagi menu mea-mea ialah ulam dan sambal belacan.....dah lama tak makan ulam rasa nak makan pula ari ni...senang jer ulam mea-mea....kacang bendi mea-mea rebus, kacang panjang makan segar dan juga tomato....ada ulam makan nasi menyelerakan .....
ini merupakan sambal belacan mea-mea......senang jer nak buat sambal ni....mea-mea guna cili besar sebiji dan 3 biji cili hijau yang kecil.....sedikit belacan dan mea-mea campur dengan ikan pusuk (ikan bilis).....ikan pusuk tu dalam bahasa Melayu Sarawak....mea-mea campur kesemua bahan tu ke dalam lesung dan tumbuk sehingga hancur.....selepas itu mea-mea masukkan air limau nipis dan sedikit gula......siap untuk dihidang....
ini lah menu untuk mea-mea dinner malam ni......nampak tak pinggan kecil yang satu lagi tu .....itu merupakan lebihan ikan masin semalam...masih boleh makan lagi....
2 ekor ikan keli ini mea-mea beli kat tesco tadi.....ini merupakan bekalan untuk esok..mea-mea rancang nak masak "phad phet pla dhuk" (kari kering ikan keli)....esok mea-mea akan tunjuk hasilnya....
No comments:
Post a Comment