Monday, 18 July 2011

AKTVITI HUJUNG MINGGU


Gambar di atas ini merupakan gambar belakang rumah jiran mea-mea, tapi belakang umah mea-mea pun agak hebat juga lalang yang tumbuh kalau serai boleh tumbuh sendiri macam tu alangkah baiknya.....mea-mea tak perlu beli serai malah boleh jual lagi. Selama 3 bulan mea-mea bercuti di kg maka tak ada operasi membersihkan lalang di belakang umah....harapkan pho-pho untuk bantu bersihkan belakang umah pho-pho sangat sibuk dengan projek-projeknya.....maka selapas 3 bulan mea-mea bercuti cuba bayangkan berapa tingginya lalang  yang tumbuh. Mula-mula fikir nak upah orang potong tapi  pho-pho kata buat sendiri boleh juga bersenam...mea-mea pun ikut jer la.....


Mea-mea telah beberapa minggu yang lepas berfikir untuk membersihkan kawasan belakang umah tetapi dua minggu yan lepas balik kg melawat luk bao di kg. So minggu ni jer la yang mea-mea free sikit tapi waktu pagi mea-mea tetap ada aktiviti di sekolah. Lepas balik dari sekolah mea-mea rehat sekejap lepas tu waktu petang mea-mea dan pho-pho bersama-sama bersihkan lalang belakang umah.


tu dia hasil daripada kerja-kerja membuang lalang di belakang umah nampak bungkusan tu.


pokok tebu tu pho-pho kata nak buang pada minggu depan...... mea-mea sudah bagi tau pokok tebu tu nak buang tak apa tapi jangan buang pokok pandan mea-mea sudah la.


pokok pandan mea-mea yang sangat subur


masih ada lagi pokok lalang-lalang yang belum mea-mea dimasukkan ke dalam beg plastik, kerana sudah 4 beg plastik mea-mea telah masukkan maka tangan dan kaki mea-mea dah rasa gatal.


mea-mea telah biarkan pokok lalang yang telah di cangkul oleh pho-pho kat situ supaya kering.... nanti boleh la bakar sikit-sikit

pho-pho gunakan cangkul untuk membuang lalang, kerana pho-pho kata kalau tidak cangkul akar keluar maka lalang tu akan tumbuh semula, harap selepas ni lalang tak akan tumbuh lagi hanya rumput biasa jer senang la sikit nak jaga.

pokok tebu mea-mea yang sangat subur ni sayang juga nak buang.



 mea-mea telah membakar sedikit lalang yang telah kering selepas balik dari sekolah tadi, mea-mea sampai umah dah 7.15 p.m perkara pertama mea-mea terus membuka pintu belakang dan bakar lalang. tetapi masih lagi belum habis dibakar masih ada lagi akan disambung untuk ari-ari yang seterusnya. Sebenarnya, mea-mea pun takut juga asap ke umah jiran nanti jiran tak selesa tak sampai lima minit mea-mea bakar terus padamkan api.




No comments:

Post a Comment