Sarapan : RM 5
Makan Tengahari : RM 5
Makan Malam : RM 10
Jumlah seorang makan : RM20 X 2 orang (pasangan anda) = RM 40 sehari
Setahun = RM 14,600 (ini nilai sekarang, berapakah nilai jika diambil kira inflasi 5% setahun)
Jumlahnya ialah RM774,763
Pertanyaan saya, adakah anda rasa simpanan anda sekarang ini cukup. Nilai tersebut hanya untuk perbelanjaan makan anda di hari tua. Bagaimana dengan perubatan, servis kenderaan, bil-bil, kad kredit...
Jika anda rasa anda mempunyai nilai RM774,763 pada masa tua..jangan hiraukan perkongsian ini, jika jawapan anda ialah tiada. Mengapa tidak memulakan simpanan bermula hari ini. Tahukah anda jika hari ini anda berumur 25 tahun dengan simpanan sebulan RM300 jumlah pada umur anda 55 tahun anda mempunyai RM1,058,974 dengan purata 12% keuntungan setahun. Justeru mencari portfolio simpanan sesuai adalah perlu. Dapatkanlah seseorang yang boleh membantu anda, Yang penting jangan menyimpan dalam portfolio skim cepat kaya kerana anda akan cepat kayap.
No comments:
Post a Comment