Monday, 18 July 2011

KISAH NAMA BLOG MEA-MEA

Nama blog mea-mea sebenarnya perkataan Mea dalam bahasa Thai @ Siam membawa maksud (ibu, emak, umi, mama, dan mummy) mea-mea sengaja letakkan nama blog ini kepada mea-mea nampak lebih manja sikit hehehe.....lagi pun mea-mea juga baru mendapat gelaran ini beberapa bulan yang lepas. Dalam blog ini terdapat beberapa perkataan Thai @ Siam yang akan digunakan seperti Pho yang membawa maksud (bapa, ayah, papa, daddy, walid dll) tetapi mea-mea akan menggunakan perkataan pho-pho pada blog ini. Satu lagi perkataan Thai @ Siam yang akan digunakan Luk Bao (Anak Lelaki). Sebenarnya, ini merupakan kali kedua mea-mea create blog pertama sekali mea-mea create blog untuk unit kaunseling semasa bertugas di Sarawak. Kali ini mea-mea create blog untuk mea-mea sendiri untuk rakan-rakan yang bukan berbangsa Siam boleh la belajar sedikit bahasa Thai dalam blog mea-mea ini......satu hari belajar satu perkataan pun sudah cukup..Mea-mea juga baru berjinak-jinak nak jadi blogger....mea-mea akan sedaya upaya update blog ini setiap hari. Entry-entry yang mea-mea telah upload itu merupakan test mea-mea tetapi mea-mea rasa banyak juga maklumat yang berguna yang mea-mea sampaikan....


Bunga Tulip yang mea-mea paling suka deco di rumah mea-mea

No comments:

Post a Comment