Tuesday, 26 July 2011

AYAM KICAP....

  
sudah beberapa hari mea-mea tak update blog ni.....banyak sibuk la dengan urusan sekolah sekarang ni...sabtu lepas sekolah ada konsert sekarang kena key in markah pelajar kat sistem SAPS yang sangat slow tu....menu yang seterusnya ayam masak kicap....ini bahan-bahan yang diperlukan halai, bawang putih dan bawang merah untuk ditumis nanti......



bahan-bahan di atas tadi perlu dipotong halus-halus supaya mudah ditumis....cili kering tu akan diletakkan bersama nanti.....kalau nak pedas boleh la letak lebih...



ayam yang mea-mea rendam kerana beku susah nak potong .......kalau rendam nanti balik dari kerj boleh la potong....potong ayanm ikut kesukaan masing-masing....kalau mea-mea suka potong ketul kecil-kecil....



panaskan kuali dengan sedikit minyak.....agak kuali dah panas masukkan bahan-bahan yang telah dipotong tadi....tumis sehingga naik wangi dan nampak sedikit garing....terus masukkan ayam yang telah dipotong tadi.....



selepas masukkan ayam ...masukkan kicap pekat sedikit biar nampak warna gelap sikit....kemudian masukkan garam tak perlu banyak sangat sebab tadi dah masukkan kicap nanti terlebih masin pula dan sedikit gula serta sedikit lada sulah ....ikut citarasa masing-masing....akhir sekali masukkan cili kering dan biarkan beberapa minit...cuba rasa kalau dah rasa ok boleh tutup api dan hidang....


ini lah hasil ayam masak kicap mea-mea....cuba dan rasa keenakkannya.....

No comments:

Post a Comment