Tuesday, 26 July 2011

SAYUR CAMPUR wit BALL2

bawang putih dan bawang merah ini adalah untuk ditumis supaya ada bau-bau wangi sikit....

sayur-sayur yang telah dipotong....sedikit broccoli, kacang peas dan carrot potong mengikut kesukaan sendiri...sebelum digoreng bersama dengan fish ball .....sayur ini mea-mea celur dengan air panas yang diletak sedikit minyak supaya nampak hijau dan segar...masukkan dalam air yang telah didihkan dengan sedikit minyak dan biarkan sekejap saja terus angkat dan toskan.....


panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang tadi sehingga wangi dan garing sedikit....

bila bawang dah nampak garing sedikit terus masukkan ball2 yang telah dipotong tadi ke dalam kuali biarkan masak dan masukkan bancuhan tepung jagung dengan air...supaya kuah nampak pekat sikit nanti...lepas tu masukkan garam dan knorr secukup rasa....akhir sekali terus masukkan sayur gaul sekali dengan ball2 dan terus angkat dan boleh dihidang..... 



sayur campur denagan ball2 yang telah dimasak...oleh mea-mea...

AYAM KICAP....

  
sudah beberapa hari mea-mea tak update blog ni.....banyak sibuk la dengan urusan sekolah sekarang ni...sabtu lepas sekolah ada konsert sekarang kena key in markah pelajar kat sistem SAPS yang sangat slow tu....menu yang seterusnya ayam masak kicap....ini bahan-bahan yang diperlukan halai, bawang putih dan bawang merah untuk ditumis nanti......



bahan-bahan di atas tadi perlu dipotong halus-halus supaya mudah ditumis....cili kering tu akan diletakkan bersama nanti.....kalau nak pedas boleh la letak lebih...



ayam yang mea-mea rendam kerana beku susah nak potong .......kalau rendam nanti balik dari kerj boleh la potong....potong ayanm ikut kesukaan masing-masing....kalau mea-mea suka potong ketul kecil-kecil....



panaskan kuali dengan sedikit minyak.....agak kuali dah panas masukkan bahan-bahan yang telah dipotong tadi....tumis sehingga naik wangi dan nampak sedikit garing....terus masukkan ayam yang telah dipotong tadi.....



selepas masukkan ayam ...masukkan kicap pekat sedikit biar nampak warna gelap sikit....kemudian masukkan garam tak perlu banyak sangat sebab tadi dah masukkan kicap nanti terlebih masin pula dan sedikit gula serta sedikit lada sulah ....ikut citarasa masing-masing....akhir sekali masukkan cili kering dan biarkan beberapa minit...cuba rasa kalau dah rasa ok boleh tutup api dan hidang....


ini lah hasil ayam masak kicap mea-mea....cuba dan rasa keenakkannya.....

Thursday, 21 July 2011

OMELETTE PETAI (KHAI LUK TOR)

masih simpan lagi petai 2 papan....mea-mea fikir nak buat omelette petai makan dengan keang som mesti lagi sedap...selalunya kalau keang som mesti makan dengan telur goreng lagi menyelerakan.....ini lah hasil petai yang telah dikopek cukup la untuk makan 2 orang jer....petai tu dah nampak tidak segar lagi.....

so lepas kopek mea-mea rendam dengan air supaya kembali segar sikit dan bila balik dari kerja nanti boleh la goreng dengan telur.....just masukkan petai ke dalam telur dan pukul sekali dan letakkan sedikit garam...


panaskan kuali dengan sedikit minyak....bila kuali dah panas masukkan telur dengan petai tadi dan biarkan sehingga masak....

ini hasilnya omelete petai....mea-mea juga merupakan menu untuk dinner malam ni....

omelette petai makan dengan keang som sangat menyelerakan....menu untuk dinner malam ni....:))

KEANG SOM (THAI SOUR CURRY)

ikan kembung dua ekor ini akan menjadi menu masakan mea-mea untuk dinner malam ni "keang som"......ikan ini direndam dulu sebab telah beku....bila balik kerja nanti senang mea-mea boleh masak terus...



bahan-bahan yang diperlukan untuk blender.....sebatang serai, dua ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, sedikit kunyit hidup, cili kering ikut kesukaan sendiri nak pedas letak banyak sikit, dan sedikit belacan....bahan-bahan ini akan diblenderkan sekali......

 

sebelum blenderkan bahan-bahan di atas ....kena lah potong halus-halus supaya cepat sikit hancur bila blender nanti....ini lah hasilnya selepas dipotong.....


nampak tak asam keping ini....akan dimasukkan dalam keang som nanti supaya ada rasa masam-masam.....som tu dalam bahasa siam maksud dia masam....

sayur-sayur ini akan dimasukkan ke dalam keang som....sayur sawi, kacang bendi dan ubi keledek .....jangan pula masukkan terus macam ni mesti lah dipotong dan dicuci bersih-bersih dulu.....

ini lah hasilnya sayur-sayur dan ubi keledek yang telah dipotong ....


ikan kembung tadi mea-mea telah potong kepada dua bahagian....ikut citarasa masing-masing nak potong pun boleh tak nak potong pun boleh juga...

bahan yang telah diblender dimasukkan kedalam periuk dan sedia untuk dimasak......tambah lah sedikit air supaya ada kuah nanti.....

terus masukkan ubi keledek dan menggunakan api yang kecil supaya nanti ubi tu empuk...sebab ubi keledek ambil masa juga untuk empuk....so kena la masukkan ubi keledek dulu biarkan dia empuk.....dan boleh la masukkan asam keping supaya boleh keluarkan rasa masam.....

bila ubi keledek dah empuk so masukkan ikan kembung tadi....dan masukkan garam dan knorr secukup rasa.



selepas saja masukkan ikan kembung.....boleh la masukkan sayur sawi dan kacang bendi....biarkan beberapa minit ....terus tutup api dan boleh la dihidang.



keang som ikan kembung dengan ubi keledek,sawi dan bendi.....sangat menyelerakan....:)))

Wednesday, 20 July 2011

Pla Duk Pad Ped.....:))

resipi mea-mea untuk dinner malam ni....pla duk pad ped (kari ikan keli).....ikan keli yang mea-me abeli kat tesco 2 ekor semalam mea-mea telah bersihkan dan potong simpan dalam peti ais.......pagi tadi sebelum mea-mea pergi kerja mea-mea rendam ikan keli tu dulu....supaya balik nanti boleh digoreng.....kalau tak rendam dulu nanti tak boleh goreng sebab beku......



ini merupakan bahan-bahan yang mea-mea gunakan untuk membuat kari......ada lengkuas, serai, kunyit, bawang merah, bawang putih, dan daun limau purut...lengkuas tu mea-mea guna sikit jer.....kalau guna semua tu nanti tak boleh makan sebab nak masak pun untuk 2 orang makan jer.....



kalau siapa yang suka makan pedas-pedas tu letak la cili tu banyak sikit....tapi mea-mea tak suka pedas sangat so mea-mea letak sikit jer la cili tu.....



bahan-bahan di atas tadi mea-mea telah potong halus-halus supaya bila blender nanti cepat hancur sikit.....ini merupakan bahan-bahan yang akan di blender termasuk la cili tadi......



sambil blender mea-mea goreng ikan keli.....sebelum goreng ikan keli pastikan cuci ikan keli dengan asam keping supaya bau hanyir dapat dihilangkan.....lepas dah cuci betul-betul ikan keli tu....sebelum goreng letak sedikit garam dan boleh la mula goreng ikan tersebut...



ikan keli selepas digoreng ini la hasilnya.....ikan mesti digoreng terlebih dahulu baru sedap dimakan...



selepas siap goreng ikan.....mea-mea panaskan sedikit minyak dala kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah diblender tadi kedalam kuali.....tunggu sehingga pecah minyak dan nampak kering sedikit baru la masukkan sedikit garam, gula dan knorr secukup rasa....selepas itu baru lah masukkan ika keli yang telah digoreng gaulkan sehingga sebati dan masukkan daun limau purut yang telah dipotong seperti di bawah....



daun limau purut yang telah dipotong....mea-mea lebih suka potong dalam bentuk begini.....ada orang hanya koyakkan daun tu saja....ikut kesukaan masing-masing la.....daun limau purut ni mengeluarkan bau yang menyelerakan.....

 

ini lah hasilnya...Pla Duk Pad Ped.....menu untuk dinner malam ni.......


ini merupakan menu dinner mea-mea malam ni.....

Tuesday, 19 July 2011

SAMBAL PETAI UDANG REBUNG & SAMBAL BELACAN IKAN PUSUK....

hari ni mea-mea rasa penat teramat sangat sebab awal-awal pagi ke bergegas ke sekolah melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah.....hari ni unit UBK menganjurkan "Education Fair".....ramai juga kolej-kolej yang hadir kolej yang berdaftar dan sudah membuat bayar adalah 40 kolej......tapi yang datang hanya 34 kolej jer....tak datang tak apa janji dah bayar....hari mea-mea boleh balik awal sikit pukul 4.30 p.m mea-mea dan guru kaun seling sesi petang yang lain dah boleh balik......sebab kami bertugas dari pagi....mula-mula masa balik sekolah rasa penat sangat ...tapi masih boleh pergi shopping kat tesco dulu sebelum balik ke umah.....bila sampai umah mea-mea terus menuju ke dapur fikir nak masak apa untuk menu dinner malam ni.....bila buka peti sejuk nampak petai ada banyak papan lagi.....tapi petai rupanya dah seperti gambar di atas.....bahagian dalam masih lagi elok sebab dah 2 minggu petai ni di bawa balik dari kg semasa balik lawat luk bao kat kg.....so mea-mea keputusan untuk masak sambal petai.......

selepas mea-mea kopek petai yang ada ....ini lah hasil yang diperolehi....cukup la untuk 2 orang makan jer...


lepas tu mea-mea sediakan bahan-bahan untuk buat sambal.....cili kering mea-mea guna 3 biji jer sebab mea-mea tak suka makan pedas sangat.....serai 2 batang dah hiris halus-halus supaya senang untuk di blender nanti......2 ulas bawang merah dan sedikit belacan....bahan-bahan ini mea-mea blender sekali......


nampak tak ada petai, ada udang dan ada rebung........so mea-mea akan masak sambal petai udang rebung.....

mula-mula mea-mea tumis sambal tu dulu....bila dah pecah minyak sikit mea-mea masukkan udang diikuti dengan rebung selepas udang masak mea-mea terus masukkan petai....sebelum mea-mea letak garam secukup rasa, sedikit gula dan knorr.....mea-mea juga ada letak sekeping asam keping....supaya ada rasa masam-masam sikit...mea-mea selepas masuk kan petai mea-mea akan biarkan petai tu sekejap jer lepas tu terus angkat .......
 

menu mea-mea untuk dinner malam dah siap dan sedia untuk di hidang.......ini lah sambal petai uadang rebung...



satu lagi menu mea-mea ialah ulam dan sambal belacan.....dah lama tak makan ulam rasa nak makan pula ari ni...senang jer ulam mea-mea....kacang bendi mea-mea rebus, kacang panjang makan segar dan juga tomato....ada ulam makan nasi menyelerakan ..... 
 

ini merupakan sambal belacan mea-mea......senang jer nak buat sambal ni....mea-mea guna cili besar sebiji dan 3 biji cili hijau yang kecil.....sedikit belacan dan mea-mea campur dengan ikan pusuk (ikan bilis).....ikan pusuk tu dalam bahasa Melayu Sarawak....mea-mea campur kesemua bahan tu ke dalam lesung dan tumbuk sehingga hancur.....selepas itu mea-mea masukkan air limau nipis dan sedikit gula......siap untuk dihidang....



ini lah menu untuk mea-mea dinner malam ni......nampak tak pinggan kecil yang satu lagi tu .....itu merupakan lebihan ikan masin semalam...masih boleh makan lagi....

2 ekor ikan keli ini mea-mea beli kat tesco tadi.....ini merupakan bekalan untuk esok..mea-mea rancang nak masak "phad phet pla dhuk" (kari kering ikan keli)....esok mea-mea akan tunjuk hasilnya....

Monday, 18 July 2011

TUGAS DI RUMAH

Hari ni mea-mea bangun lewat sikit tak sempat nak kemas umah nampaktak living room mea-mea banyak barang bertaburan...... selepas mandi mea-mea dan pho-pho keluar breakfast  kat kedia mamak tak jauh dari umah....mea-mea dan pho-pho mkn roti kosong denga teh tarik jer....

pillow pet mea-mea pun bertaburan tak sempat nak kemas mea-mea terus buat perkara lain dulu kemas umah kemudian la....

sampai umah selepas breakfast mea-mea masukkkan kain dalam mesin basuh dulu dan kemudian telah lipat kain yang belum dilipat semalam....selepas lipat kain mea-mea terus menuju ke dapur untuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak untuk dinner....


bahan-bahan yang mea-mea telah sediakan untuk menu malam ni ....cuba teka apa daun yang mea-mea potong tu.....sebenarnya itu adalah pucuk kunyit....

tiga ekor ikan ini merupakan menu dinner mea-mea malam ni ....2 ekor ikan kembung dan 1 ekor ikan gelama betul atau pun tidak tak pasti yang ikan gelama tu...tapi tu ikan masin....


bahan-bahan untuk membuat sambal ikan kembung dua ekor tu....sediakan bahan dulu balik sekolah petang nanti baru mea-mea masak sambal ikan kembung....

ini merupakan pucuk kunyit yang telah di potong mea-mea masukkan ke dalam kuali selepas mea-mea goreng ikan masin...masa goreng ikan masin tak perletak banyak minyak....mea-mea hanya letak minyak sikit sahaja untuk goreng ikan masin....lepas tu mea-mea terus buang minyak dan mea-mea masukkkan pucuk kunyit ke dalam kuali supaya ada rasa masin-masin sikit kat daun bila makan nanti.....

ikan masin yang digoreng umah mea-mea hanya guna induction cooker saja untuk masak ....mea-mea tak guna dapur gas untuk masak...sebenarnya mea-mea sangat suka guna induction cooker sebab umah tak kotor kalau guna gas banyak kesan minyak dan kesan asap di dapur......tapi umah mea-mea kesan minyak ada la sikit-sikit...
 

ikan masin dengan daun kunyit...1 menu yang telah mea-mea  siapkan  resepi mea-mea ari ni ....tapi jangan makan selalu kan masin sekali sekala tak apa....klu makan selalu nak kena darah tinggi pula....

ikan kembung 2 ekor tadi mea-mea goreng dulu sebelum masak sambal.....

setelah siap digoreng mea-mea tinggalkan dulu .....balik sekolah nanti baru la mea-mea sambung buat sambal....


baju-baju yang telah dicuci belum lagi dijemur oleh mea-mea.....

dalam proses nak jemur kain yang telah di basuh.....

mea-mea terpasksa menjemur kain dekat tempat yang teduh kerana mea-mea takut hujan sebab kalau mea-mea pergi sekolah nanti tak ada orang tolong angkat....so jemur di tempat teduh lebih selamat.....

mea-mea terus sambung masak ikan  kembung masak sambal selepas balik dari sekolah ......menu kedua mea-mea untuk dinner malam ni....

pucuk paku mea-mea beli kat pasar malam pada sabtu ari tu.....ari ni baru mea-mea masak sebagai sayur .....menu ketiga untuk dinner....

ini merupakan menu mea-mea untuk dinner pada malam ni....boleh la dikatakan  masakan orang Siam ala-ala kg......mea-mea terpaksa tido awal malam ni sebab esok mea-mea kena bangun awal sebab ada aktiviti di sekolah ....esok merupakan ari "education fair".....ok gud nite....